Perutusan Pengarah

Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Perancangan Strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dapat direalisasikan setelah melalui beberapa peringkat praperancangan. Pembinaan perancangan strategik ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan bagi membolehkan pelan ini dibuat melalui proses yang sepatutnya.Perancangan Strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah diberi nama SAGA (Smart Action Golden Achievement). Perancangan strategik berkenaan dibina secara sistematik setelah membuat penilaian secara mendalam terhadap perancangan strategik sebelum ini, Beyond Excellence (BE). Perancangan ini dibina untuk tempoh lima tahun (2007-2011) dan pelan tindakan perancangan ini dilaksanakan dalam bentuk perincian inisiatif tahunan. Perancangan yang melibatkan semua Sektor dan bahagian ini dibina secara holistik bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berfokus. Dengan mengambil kira beberapa isu utama bagi setiap Sektor dan bahagian, perancangan kali ini diharapkan agar menyelesaikan beberapa cabaran utama yang membelenggu Jabatan Pelajaran Negeri Sabah selama ini dan melonjakkan Sabah ke dalam arus perdana pendidikan negara agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain di Malaysia dalam tempoh lima tahun mendatang.

Kita telah berjaya membuat perancangan yang teliti dan berfokus dan berharap perancangan ini akan membuahkan hasil yang sepatutnya. Buku ini tidak akan membawa sebarang makna jika perancangan ini tidak dijelmakan dalam bentuk tindakan yang sepatutnya. Perancangan ini seharusnya dijelmakan dalam bentuk perancangan dan pelaksanaan yang lebih konkrit di peringkat PPG, PPD dan sekolah. Walaupun perancangan ini tidak mengikat sepenuhnya perancangan di peringkat PPG, PPD dan sekolah namun beberapa isu yang menjadi teras dan fokus perancangan strategik Jabatan ini perlu diambil kira dalam perancangan PPG, PPD dan sekolah. Bagi memastikan perancangan ini dilaksanakan sepenuhnya, komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkat adalah amat diperlukan. Oleh yang demikian, pelan ini perlu sentiasa dipantau dan dikawal selia dari masa ke masa bagi membolehkan visi dan misi perancangan startegik ini tercapai
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat pengurusan pendidikan atas inisiatif dan komitmen membina perancangan strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ini. Sedalam-dalam ucapan terima kasih juga kepada Y. Bhg. Dr. Amin Senin, Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia atas jasa baik beliau membimbing Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dalam membina perancangan strategik ini.


Sekian dan terima kasih.


Y. BHG. DR. HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah




posted by: atikah (reply)
post date: 04.27.10 (2:25 pm)

tahniah semoga prestasi pelajaran anak watan sabah akan meningkat dari yang sebelumnya dan setanding dengan pencapaian dkawasan semenanjung malaysia...jangan hanya cakap kosong



posted by: (reply)
post date: 05.04.10 (7:25 pm)

Tahniah diucapkan kepada warga JPN Sabah(Y.BHG. DR. HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN),atas inisiatif dan komitmen membina perancangan strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan atas jasa baik PPD Papar membimbing dalam membina perancangan strategik ini.

Sekian dan terima kasih.





posted by: Sinan Saglam (reply)
post date: 07.10.10 (5:30 pm)

Assalamualaikum Bro. Dr. Muhiddin Bin Yusin
I am Sinan From Germany!
Please write me !!!!!!!!!!!!!!
facebook. Sinan Mehmet
www.aysenurhelen.de
Selamunaleyküm .Sinan



posted by: Sinan Saglam (reply)
post date: 07.10.10 (5:33 pm)

Please send me aletter soon!!!!!!!1



posted by: mszanm (reply)
post date: 08.05.10 (8:15 am)

lau nak berubah nak yang baik bagi kuar duit lau,nak baik tekan orang bawah tak ada guna saya dgr guru2 mati kuar duit utk program kementerian sebab peruntukan tak ada apa ka jadah ni.....lau duit tak cukup jgn tekan orang nak minta yang baik tgok apa kita bagi baru la kita minta apa yang kita nak. CThnya kita bw duit RM1 nak makan KFC boleh ka? dapat yang bkita nak BUNTUT AYAM boleh la KFC harap maaf tapi lau kita paksa boleh juga tapi ada orang lain yang terkorban.............................................pahammmmmmmmmmmmmmmm



posted by: nurr ain (reply)
post date: 11.29.10 (4:16 am)

assalamualaikum, dr.muhiddin bin yusin. saya nak wat satu rayuan anak jagaan saya iaitu anak tiri saya ni telah mendapat 5A dalam UPSR baru baru ni yaitu tahun 2010,permasalahannya di sini dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di sebabkan usia beliau kurang setahun. pekara ni terjadi kerana sewaktu anak jagaan saya berusia 6 tahun dia telah di beri kelongaran oleh sekolah terdahulu iaitu sk bingolon kudat untuk menduduki darjah 1 lebih awal. ini kerana anak jagaan saya sudah pandai membaca,menulis, mengeja dan mengira dengan begitu lancar sekali maka sekolah tersebut telah memasukan anak jagaan saya ke darjah satu tanpa membuat sebarang ujian yang sepatutnya jabatan beri kepada anak jagaan saya. atas kesilapan ini sewaktu anak jagaan saya berpindah ke sendakan pihak jabatan di sana mengikut apa yang di pihak sekolah terdahulu laporkan tanpa pihak jabatan di sendakan melakukan apa apa penyiasatan tentang usia anak jagaan saya ini kurang 1 tahun dan tidak mempunyai surat apa apa dari jabatan bahawa anak jagaan saya layak menduduki darjah 1 lebih awal iaitu setahun. anak jagaan saya ni lahir pada 2 januari 1999. saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. sekiranya pihak tuan ingin menghantar sebarang maklum balas sila hantar ke facebook saya di ADRYANA_AIN..........................sekian terima kasih di atas perhatian tuan.............wasalam.................



posted by: Kassah B. Masrah (reply)
post date: 01.20.11 (7:18 am)

Assalammualaikum Datuk Pengarah. merujuk kepada New deal (NKRA) semua sekolah sekolah telah mengetahui Ranking masing-masing di peringkat kebangsaan. Untuk itu saya ingin mencadangkan supaya JPN Sabah membuat Rangking di peringkat negeri dan seterusnya peringkat Daerah. Hal ini adalah bagi memudahkan kami mengetahui rangking kami di peringkat daerah, Negeri dan kebangsaan.



posted by: Kassah B. Masrah (reply)
post date: 01.20.11 (7:25 am)

Assalammualaikum Datuk Pengarah. merujuk kepada New deal (NKRA) semua sekolah sekolah telah mengetahui Ranking masing-masing di peringkat kebangsaan. Untuk itu saya ingin mencadangkan supaya JPN Sabah membuat Rangking di peringkat negeri dan seterusnya peringkat Daerah. Hal ini adalah bagi memudahkan kami mengetahui rangking kami di peringkat daerah, Negeri dan kebangsaan.



posted by: Haris Ibrahim (reply)
post date: 05.21.11 (10:31 pm)

SK. Apin-Apin Keningau tersenarai antara 17 buah sekolah Daerah Keningau .untuk dipantau untuk new deals tahun lepas, tapi kecewa pemantau ta datang.



posted by: DYAN BAROOS (reply)
post date: 06.02.11 (12:56 am)

Assalamualikum Dtk,kebanyakan ibu bapa yang saya temui.. menyatakan kerisauan tentang pengajaran bm dlam sebahagian mata pelajaran disekolah..pada tahun ini..kebanyakan mereka menyatakan..mengapa harus mundur 50 tahun kebelakang..sedangkan kebanyakan u d seluruh dunia mengunakan BI dlm..pengajaran mereka..kanak2 akan menghadapi kesukaran menguasi BI..apa bila melanjutkan pelajaran keluar negara,,, s



posted by: ummu amien (reply)
post date: 10.15.11 (9:51 am)

i notice you didnt give any reply or comment after each letter above...please do so. we need two ways interaction. thanks

Your Name:


Your Comment: